jump to navigation

FADHILAT BULAN MUHARRAM August 23, 2009

Posted by gisbp in Aktiviti.
trackback

AMALAN PADA 1 HINGGA 10 MUHARRAM

Kelebihan & Amalan Pada Hari Assyuuraa

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya oahala 10,000 malaikat; dan barang siapa yang berpuasa pada Assyuuraa; maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati Syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hati Assyuuraa; maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa; maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad S.A.W. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihi hari Assyuuraa’ dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah: Benar!.

  • Allah telah jadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa;
  • dan menjadikan Adam dan Hawa pada hari Assyuuraa;
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa;
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa;
  • dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa;
  • dan menyembuhkan bala’ Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa;
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa;
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa;
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa;
  • dan akan terjadinya Kiamat pada hari Assyuuraa;

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Ikrimah Berkata

Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam, dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa;

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Muhammad Bin Maisarah Berkata;

Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa; makamAllah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu

Sufyan berkata : Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.

Said Bin Jubair Dari Ibn Abbas R.A. Berkata:

Ketika Nabi SAW baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa; maka tanya kepada mereka tentang itu, Jawab mereka; “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”. Maka Nabi SAW menyuruh sahabatnya supaya berpuasa.

Abul-Laits Berkata;

dinamakan Assyuuraa’ kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa; kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

  1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s
  2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s
  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Idris a.s
  4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa; dan diangkatkan sebagai kholilullah juga diselamatkan dari api
  5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s
  6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s ke langit
  7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s
  8. Allah menenggelamkan Fir’aun
  9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa;. Sebahagian lain berpendapat , dinamakan hari Assyuuraa; kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah pada umat ini.

  1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: