jump to navigation

KOLEKSI LAWAK September 19, 2008

Posted by gisbp in Rehatkan Minda.
Tags:
trackback

Kahwin

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm…. Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!

Benda Lain

Soh Ah Peng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Goh Kai Huat dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.
Peguam bela: “Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?”
Goh Kai Huat: “Tak ada Tuan!”
Peguam bela: “Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?”
Goh Kai Huat: “Tidak”
Peguam bela: “Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?”
Goh Kai Huat: “Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?” sambil tersengih-sengih…

 

Murah

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
“Encik….pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
“Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya,” Kata Zul
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
“Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50” Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
“Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?” kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. “Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu.” jawabnya.

 

Kek Hari Jadi

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. “Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
“Mmmm, tulis saja “Sayang tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang cuma bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

“SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.”

 

Kisah Si Pelupa

Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.
Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.
Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa…….

 

Kotak Hitam

Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
Datuknya berkata: “Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan.”
“Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup,” tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.
Namun cucunya berkata: “Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas.”
Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.

 

Enjin Boeing

Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.
Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.
Orang tua itu berkata: “Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707….apa ke benda tu?”
Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: “Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya.
“Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin.” Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.
Orang tua itu termenung lama lalu berkata: “Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?”
Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: “Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin.”
Tiba tiba orang tua itu berkata: “Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah.”
Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: “Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin.”
Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.

 

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?”
Gembala : “Oh, boleh saja”
Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih”
Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”
Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”
Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”
Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”
Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”
Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

 

Lihat Otak

Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: “Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?”
Saksi: “Tidak.”
Peguam: “Denyutan jantungnya, awak periksa?”
Saksi: “Tidak.”
Peguam: “Pernafasannya?”
Saksi: “Tidak.”
Peguam: “Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?”
Saksi: “Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!”
Gosok Mata
Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: “Bagaimana kaki kamu boleh kudung?”
Lelaki: “Cedera ketika perang dunia kedua.”
Penemuduga: “Kenapa tangan kamu bercangkuk?”
Lelaki: “Terpotong dengan pisau besar!”
Penemuduga: “Mata kamu pula?”
Lelaki: “Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.”
Penemuduga: “Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?”
Lelaki: “Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu.”

 

Tujuh Cawan

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.
Gadis:”Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos saya?”
Pelayan: “Saya rasa mungkin tujuh cawan.”
Gadis: “Baiklah…..Bagi saya dua cawan teh,empat cawan kopi susu dan satu cawan kopi tanpa gula.
Pelayan: ?????

Perut Buncit


“Tak baik hisap jari, nanti perut buncit”, itulah kata-kata si ibu setiap kali anak kecilnya Amin menghisap jari. Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan anaknya daripada terus- terusan berbuat begitu. Alhamdulillah, kata-kata si ibu dapat menakutkan anaknya. Amin tidak lagi menghisap menghisap jari.” Nanti perut Amin buncit…” katanya apabila ditanya tentang tabiat itu.

Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik. “Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit” katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..

 

Tidak Setabil

Seorang jururawat yang cantik mengadu kepada doktor,setiap bacaan denyutan nadi pesakit lelaki yang direkodkannya tidak stabil dan kadang-kala dalam keadaan mencemaskan.

Jururawat: “Saya hairan setiap kali menghampiri dan merekodkan nadi mereka, ia menjadi kencang dan dada turun naik?” Doktor: “Senang saja…tutup mata mereka dan pastikan pesakit awak tidak tahu siapa yang merawat mereka!”

 

Akui Diri


Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, “Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri”. Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: “Oooh….Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?” Pelajar: Bukan….sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!”

Betul Atau Salah

Dalam satu peperiksaan yang memerlukan pelajar menjawab BETUL atau SALAH, seorang pelajar kelihatan menggunakan buah dadu sebagai panduannya menjawab.Selepas menjawab semua soalan,pelajar itu mengulangi perbuatan melambung dadu untuk mendapatkan jawapan bagi semua soalannya untuk kali kedua.

Seorang pengawas yang kebetulan lalu disebelah meja pelajar itu bertanya, “Apa yang kamu buat tu?”
Pelajar : “Saya sedang semak jawapan saya.”

POSMEN

Seorang posmen yang datang menghantar surat. ” Assalamualaikum ” ” Walaikumsalam ” ” Ni rumah encik encik Sameon ye? ” Ya saya” ” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ” ” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje

 

RENANG

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : “Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang”

Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?
“Salim berada di dalam air melatih kambing berenang”

Comments»

1. diana suhadah - November 8, 2008

haha..citer2 dalam ni sume kelakor

2. gisbp - November 16, 2008

citer ni smua tuk ilangkan tension je


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: