jump to navigation

AYAT-AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT-AYAT MADANIYYAH September 12, 2008

Posted by gisbp in AGAMA.
Tags:
trackback

Berdasarkan kepada tempoh waktu turunnya Al-Quran, ayat-ayat Al-Quran dibahagikan kepada 2 jenis:

  • Ayat-ayat Makkiyah : Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah atau sebelum Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah
  • Ayat-ayat Madaniyyah : Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau sesudah Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah.

Perbezaan ayat – ayat Makaniyyah dengan ayat – ayat Madaniyyah ialah:

  • Ayat – ayat Makaniyyah pada umumnya pendek-pendek sedangkan ayat-ayat Madaniyyah panjang – panjang, surah Madaniyyah yang merupakan 11/30 dari isi Al Quran ayat-ayatnya berjumlah 1456, sedangkan surah Makaniyyah yang merupakan 19/30 dari isi Al Quran jumlah ayat – ayatnya ialah 4780 ayat. Juz 28 keseluruhannya merupakan ayat Madaniyyah kecuali surah (60) Mumtahinah, ayat – ayatnya berjumlah 137, manakala juz 29 ialah ayat Makaniyyah kecuali surah (76) Ad-Dahr ayat – ayatnya berjumlah 431. Surah Al-Anfaal dan surah Al-Syu’araa masing – masing merupakan setengah juz tetapi yang pertama ayat Madaniyyah dengan bilangan ayat sebanyak 75, sedangkan yang kedua ayat Makaniyyah dengan ayatnya berjumlah 227.

  • Dalam surah – surah Madaniyyah terdapat perkataan “ya ayyuhalladzina aamanu” dan hanya sedikit sekali terdapat perkataan “yaa ayyuhannaas”, sedangkan dalam surah Makiyyah pula adalah sebaliknya.

  • Ayat – ayat Makaniyyah pada umumnya mengandungi hal – hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah – kisah umat yang terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti, manakala ayat – ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum – hukum, baik yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum – hukum duniawi, seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum internasional, hukum antara agama dan lain-lain.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: