jump to navigation

Dataran Bandar Penggaram Daerah Batu Pahat June 30, 2008

Posted by gisbp in Uncategorized.
trackback

Dataran Penggaram

 

          Batu Pahat merupakan sebuah daerah, namanya diambil berpunca daripada nama sebuah perigi.Sungai Batu Pahat juga mengambil daripada nama perigi tersebut. Menurut daripada buku hikayat Malim Deman dan Mailm Dewa nama asal sungai Batu Pahat ialah Sungai Kundur. Ada tempat pada buku hikayat itu menyebut nama Pulau Kundur. Pulau Kundur diistilah menurut kefahaman bahasa Melayu kuno bukan bererti sekeping tanah yang dikelilingi oleh air tetapi ialah sesuatu kampung dan penempatan yang sekelompok (tidak sederet). Buktinya didalam syair Selindang Delima ada menyebut nama Pulau Bandu (Kampung Bindu). Bukti kedua ialah kampung tempat lahir Allahyarham Tun Abdul Razak dinamakan Pulau Keladi

 

 
        Perigi Batu Pahat bermula daripada takungan air dikaki bukit batu-batan di kuala Sungai Kundur. Dizaman purba dipercayai pelayaran daripada Muar ke Temasik kapal-kapal layar singgan diperigi tersebut untuk mengambil bekalan air. Ini menyebabkan perigi itu terkenal dikalangan ahli pelayaran. Sebab pun perigi itu dinamakan Batu Pahat mengikut sumber sejarah yang boleh dipercayai iaitu didalam rancangan Siam hendak melanggar Melaka ia telah membuat persiapan peperangan dalam jangka masa yang panjang. Serangan itu dilancarkan daripada laut di Kuala Sungai Kundur pada tahun 1456 diketuai oleh Okyo Tejo (menurut sejarah Melayu ialah Awi Dichu). Untuk mendapatkan bekalan air mereka pahatkan takungan air itu supaya besar. Kenyataan kedua ialah batu batan dikuala Sungai Kundur dipahat oleh Yokob Peringgi dengan banyaknya untuk dibawa ke Melaka bagi membina Kota Farmosa.

 

 
        Penempatan manusia yang asal di Batu Pahat iaitu di Pulau Kundur yang duduknya di Rantau Panjang Simpang Kiri. Rantau Panjang pada hari ini bernama Kampung Parit Abdul Rahman atau Parit Simpang Kiri, Batu Pahat. Kedua Kampung Bindu Simpang Kanan dan Kampung ketiga Minyak Beku

 

 
        Dalam tahun 1811 Daing Ahmad bin Abdul Rahman keturunan Bugis telah diperintahkan oleh Temenggung Abdul Rahman membuka tempat di Pantai Barat Negeri Johor. Angkatan itu singgah ditempat perigi itu dan membuat kampung dibahagian ulu bukit Batu Pahat. Disitu terdapat tanah rata (pasir puteh) dan menjumpai dua jenis pokok kayu iaitu keruing dan terap. Kedua-duanya digunakan untuk membuat api (lampu). Getah yang keluar daripada pokok itu apabila ditoreh didapati beku dengan segera dan menurut istilah Melayu lama getah adalah dipanggil minyak dari itu tempat itu dinamakan Minyak Beku. Orang Bugis ditempat ini banyak menanam pokok-pokok kelapa sebagai kebudayaan pertanian yang  dikenalkan di Batu Pahat yang boleh didagangkan untuk mendapatkan kewangan.

Comments»

1. en_me - January 25, 2010

chantekk gambo teww.. ehehe, salamm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: