jump to navigation

LOKASI GIS BP

Untuk bersembang dan mengajukan sebarang masalah serta pelbagai koleksi buku dan software sila lawati di sini

http://all4u.6forum.info

rain-grass-spring-summer-sparkle

klik
======================================================

======================================================
Dataran Penggaram

SEJARAH BATU PAHAT

Kundur diistilah menurut kefahaman bahasa Melayu kuno bukan bererti sekeping tanah yang dikelilingi oleh air tetapi ialah sesuatu kampung dan penempatan yang sekelompok (tidak sederet). Buktinya didalam syair Selindang Delima ada menyebut nama Pulau Bandu (Kampung Bindu). Bukti kedua ialah kampung tempat lahir Allahyarham Tun Abdul Razak dinamakan Pulau Keladi
Perigi Batu Pahat bermula daripada takungan air dikaki bukit batu-batan di kuala Sungai Kundur. Dizaman purba dipercayai pelayaran daripada Muar ke Temasik kapal-kapal layar singgan diperigi tersebut untuk mengambil bekalan air. Ini menyebabkan perigi itu terkenal dikalangan ahli pelayaran. Sebab pun perigi itu dinamakan Batu Pahat mengikut sumber sejarah yang boleh dipercayai iaitu didalam rancangan Siam hendak melanggar Melaka ia telah membuat persiapan peperangan dalam jangka masa yang panjang. Serangan itu dilancarkan daripada laut di Kuala Sungai Kundur pada tahun 1456 diketuai oleh Okyo Tejo (menurut sejarah Melayu ialah Awi Dichu). Untuk mendapatkan bekalan air mereka pahatkan takungan air itu supaya besar. Kenyataan kedua ialah batu batan dikuala Sungai Kundur dipahat oleh Yokob Peringgi dengan banyaknya untuk dibawa ke Melaka bagi membina Kota Farmosa.
Penempatan manusia yang asal di Batu Pahat iaitu di Pulau Kundur yang duduknya di Rantau Panjang Simpang Kiri. Rantau Panjang pada hari ini bernama Kampung Parit Abdul Rahman atau Parit Simpang Kiri, Batu Pahat. Kedua Kampung Bindu Simpang Kanan dan Kampung ketiga Minyak Beku
Dalam tahun 1811 Daing Ahmad bin Abdul Rahman keturunan Bugis telah diperintahkan oleh Temenggung Abdul Rahman membuka tempat di Pantai Barat Negeri Johor. Angkatan itu singgah ditempat perigi itu dan membuat kampung dibahagian ulu bukit Batu Pahat. Disitu terdapat tanah rata (pasir puteh) dan menjumpai dua jenis pokok kayu iaitu keruing dan terap. Kedua-duanya digunakan untuk membuat api (lampu). Getah yang keluar daripada pokok itu apabila ditoreh didapati beku dengan segera dan menurut istilah Melayu lama getah adalah dipanggil minyak dari itu tempat itu dinamakan Minyak Beku. Orang Bugis ditempat ini banyak menanam pokok-pokok kelapa sebagai kebudayaan pertanian yang  dikenalkan di Batu Pahat yang boleh didagangkan untuk mendapatkan kewangan.      Batu Pahat merupakan sebuah daerah, namanya diambil berpunca daripada nama sebuah perigi.Sungai Batu Pahat juga mengambil daripada nama perigi tersebut. Menurut daripada buku hikayat Malim Deman dan Mailm Dewa nama asal sungai Batu Pahat ialah Sungai Kundur. Ada tempat pada buku hikayat itu menyebut nama Pulau Kundur.

LAGI INFO

Daerah Daerah Batu Pahat
Keluasan 1872.56 km² km²;
Bil. penduduk (daerah) 538 880(whole district) (2007)

Batu Pahat (dikenali sebagai ‘Bandar Penggaram’) merupakan sebuah bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Bandar yang kedua terbesar di Johor ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor.Pada tahun 2008 Batu Pahat di tangga 12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.

LOKASI:
Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5’U 102°56’T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.

PEGENALAN DAN CERITA TENTANG BATU PAHAT:
Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contoh, semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah menghadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

Berikutan dengan pembukaan petempatan-petempatan kecil ini, maka kawasan Batu Pahat ini telah bertambah maju dan meluas. Maka pada tahun 1885 beberapa orang keturunan Inggeris iaitu nama-namanya Stiple, Jackson, dan Watt telah membuka sebuah ladang kopi di kaki Bukit Penggaram, iaitu berhampiran dengan Pengkalan Jeram. Pemborong yang telah mengerjakan ladang itu ialah seorang Cina bernama Lim Soo Poon telah menjadi seorang kaya (taukeh) dan ia telah dapat membuat empat pintu rumah batu berdekatan dengan Sungai Batu Pahat.

Usaha-usaha untuk membuka bandar Batu Pahat semakin giat dijalankan pada tahun 1888 oleh Dato’ Yahya bin Awaluddin
(mkin sek jalan yahya awal dari nama nie kot) yang juga dikenali sebagai Dato’ Yahya Tinggi di suatu kawasan Bukit Senangin, Kampung Tambak, tebing kanan Sungai Batu Pahat. Tetapi usaha beliau menemui kegagalan kerana faktor geografi dan ekonomi yang tidak sesuai. Malah menurut kepercayaan orang tua yang ada, di kawasan itu tidak boleh dijadikan bandar kerana akhirnya akan dimasuki “angin”. Akhirnya tempat itu ditinggalkan begitu sahaja. Pada tahun yang sama juga, seorang lagi pembesar yang bergelar Dato’ Yahya Rendah cuba membuka bandar di kawasan Senangar tetapi gagal juga kerana orang-orang tua pada masa itu menyatakan “nanti mulut ternganga”.(padahal saje nak takut kan diaorang… )

PEMBUKAAN:
Walaupun begitu, pembukaan petempatan-petempatan baru masih juga diteruskan. Pada tahun 1889 Orang Kaya Sidek bin Ismail telah membuka satu petempatan di seberang Kampung Minyak Beku yang berdekatan dengan Kampung Jakun dan kawasan ini dinamakan Benut Selamat. Tetapi tidak lama kemudian nama ini telah bertukar kepada Bagan. Ramai orang-orang yang tertarik ke tempat itu termasuk juga orang yang datang dari Pulau Jawa, Madura dan lain-lain pulau. Orang-orang Jawa yang diketuai oleh Haji Ibrahim telah membuka kebun-kebun kelapa dan kopi. Di antara orang-orang yang terkenal di kampung itu ialah seperti Pawang Abu, Haji Arshad (Orang Melaka) dan Mohamed Tab (Orang Muar).

Jadi sehinggalah pada tahun 1893, barulah Dato’ Bentara Luar iaitu Dato’ Muhamad Salleh bin Perang berjaya memulakan usaha bagi membangunkan bandar Batu Pahat di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu Pahat.

Kemajuan Bandar Maharani yang telah dibuka pada tahun 1884, mencabar keupayaan penghulu-penghulu Batu Pahat bagi membuka sebuah Bandar. Tambahan pula memandangkan kemajuan yang pesat di kawasan sekitarnya seperti Serum, Bertam, Tebing Tinggi, Kampung Sejagong, Langkap, Chaah, dan lain-lain lagi, maka satu perjumpaan telah diadakan di Kuala Simpang, terdiri daripada orang-orang kaya, penghulu-penghulu, Menteri Penghulu dan Jenang-jenang (gelaran bagi ketua orang asli) yang dipengerusikan oleh Encik Abdul Hamid bin Ahmad Ketua Pengaman Batu Pahat. Keputusan mesyuarat tersebut telah melantik Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) dan Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri) mengadap Sultan Abu Bakar memohon Dato’ Muhamad Salleh bin Perang membuka satu bandar untuk Batu Pahat. Mereka berkeyakinan Dato’ Bentara Luar akan berjaya membuka sebuah lagi Bandar kali ini di Batu Pahat.

Pada 4hb. November 1893, Dato’ Muhamad Salleh yang pada masa itu diam di Kampung Senangar, dipanggil ke Johor Bahru. Pada 11hb. November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada beliau :

“Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam(dalam bahasa jawa) . Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar…”

KEDUDUKAN:
Kedudukan

Kedudukan tempat yang hendak dijadikan Bandar adalah kira-kira 15 kilometer dari kuala sungai Batu Pahat, sebelah kanan tebing mudik sungai. Dato’ Bentara Luar memilih kawasan ini kerana senang dan boleh merapatkan kapal-kapal besar yang dianggarkan dapat masuk ke sungai dengan membina sebuah dermaga bagi kemudahan perdagangan laut. Sungguhpun kawasan yang hendak dijadikan Bandar rendah, sering ditenggelami air masin sewaktu air pasang besar dari laut, kira-kira 2 kilometer ke darat tanahnya tinggi berbukit dan subur bagi tanam-tanaman.

Dato’ Bentara Luar membuat rumah kediamannya di Kampung Penggaram bertentangan dengan Tasek Kadri untuk membuat kerja membuka Bandar.

Pada 2hb. Disember 1893, fakir menjalankan kerja menjalankan pekerjaan ukur-mengukur dari jalan kebun kopi ke Gunung Penggaram sampai ke Sungai Penggaram. Di tepi Sungai Penggaram itu fakir jadikan sebuah rumah atap tempat duduk fakir. Fakir jalankan pekerjaan membuat jalan dalam itu. Fakir mulakan menjalankan membuat rumah, pejabat, polis, mahkamah, dan tambak menambak batu di jalan.

Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat Bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar dengan bantuan kuat dua orang penghulu itu termasuk perbelanjaan yang dipungut dari orang tempatan dan juga bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta kewangan Dato’ Bentara Luar sendiri.

Pembukaan rasminya telah dilakukan pada 1hb. Januari 1894 oleh Dato’ Muhamad Salleh bin Perang sendiri yang dihadiri oleh Orang-orang Kaya, Penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan. Kemuncak majlis perasmian itu ialah istiadat menaikkan bendera negeri Johor di Bukit Penggaram yang sekarang menjadi tapak dan kawasan rumah kediaman Pegawai Daerah dan seterusnya bukit itu disebut orang Bukit Bendera hingga hari ini. Seterusnya selepas itu pegawai-pegawai tadbir pun disusun dan pejabat-pejabat kerajaan seperti mahkamah, polis, penjara, rumah sakit, dan lain-lain juga diwujudkan satu demi satu. Perkembangannya berjalan dengan baik dan lancar dan dalam masa sebulan sahaja jumlah hasil kutipan telah mencapai $ 1,500.00.

PENGISTIHARAN:
Pada 1hb. Disember 1894, diadakan satu majlis pengisytiharan menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram mengambil sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ yang menjadi kampung kediaman Penghulu Rahmat.

Selain diwujudkan sistem pentadbiran moden dengan pegawai-pegawai tadbir yang tertentu menggantikan sistem tradisional, Batu Pahat mula berkembang maju di mana Dato’ Muhamad Salleh bin Perang yang menjadi wakil Raja memerintah Batu Pahat, kemudiannya menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, telah memainkan peranan yang amat aktif.

Orang-orang kampung telah digalakkan dan digesa membuka kebun untuk bercucuk tanam dan membuat parit tali air dan dalam masa yang sama pemodal-pemodal asing mula datang membuka kebun, ladang dan berniaga di Batu Pahat. Kebolehan Dato’ Bentara Luar berbahasa Cina merupakan faktor menyebabkan beliau pada umumnya disukai oleh orang Cina dan faktor yang membawa kepada kemajuan ekonomi dan harmoni di daerah ini.

Pentadbiran Batu Pahat di bawah pimpinan Dato’ Bentara Luar berjalan lancar dan mengagumkan, ini dinyatakan oleh Ungku Sulaiman bin Daud, Pesuruhjaya Besar (General Commisioner) Johor dalam rangka lawatan tugasnya di Batu Pahat pada 21hb. hingga 24hb. Disember 1896.

Kemajuan ekonomi Batu Pahat dapat diukur berdasarkan pendapatan daerah yang didapati sepanjang tahun. Masa bandar ini dibangunkan dalam tahun 1893 pentadbiran daerah berjaya mengutip sejumlah $ 15,000.00 sahaja tetapi dalam tahun 1910 pendapatan tahunan mencapai jumlah $ 55,375.00.

Zaman Dato’ Bentara Luar berakhir pada pertengahan tahun 1911 apabila Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad Khalid dilantik menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat menggantikan Dato’ Bentara Luar. Batu Pahat mengalami zaman baru bila menjelma pula sistem pentadbiran yang seiringan dalam mana Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat berbangsa Inggeris untuk menjalankan pentadbiran.

Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim(mat rempit gila x hengat) dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.(SAMBIL TGK BENDERA JOHOR)

PENTADBIRAN:
Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :

1. Mukim Lubok (Mukim I)
2. Mukim Bagan (Mukim II)
3. Mukim Peserai (Mukim III)
4. Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
5. Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
6. Mukim Linau (Mukim VI)
7. Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
8. Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
9. Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
10. Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
11. Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
12. Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
13. Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
14. Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)

Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.(x caya try bukak gps)

Dan pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.

Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.
(2010 XDE LAGI KIRAAN YANG TEPAT)

Bahagian Utara Batu Pahat

* Kampung Muhibbah
* Parit Besar (Bagan)
* Parit Sulong(jemput datang)
* Peserai
* Semerah
* Simpang Lima
* Sri Medan
* Taman Peserai
* Tongkang Pechah

Bahagian Selatan Batu Pahat

* Ayam Suloh
* Rengit
* Senggarang
* Taman Bahagia
* Taman Bandar
* Taman Bukit Banang
* Taman Bukit Mutiara
* Taman Bukit Mutiara 2
* Taman Flora Height
* Taman Kemajuan
* Taman Kenanangan
* Taman Mewah
Bahagian Tengah Batu Pahat

* Batu Pahat City Centre
* Kampung Merdeka
* Taman Batu Pahat
* Taman Bukit Perdana
* Taman Bukit Perdana 2
* Taman Damai
* Taman Damai 2
* Taman Dato Abdul Rahman
* Taman Emas
* Taman Emas 2
* Taman Inang
* Taman Limpoon
* Taman Pegawai
* Taman Perdana
* Taman Sejahtera

Bahagian Timur Batu Pahat

* Bandar Universiti
* Hill View Apartment
* Kampung Istana
* Parit Besar
* Parit Raja
* Pura Kencana
* Sri Gading
* Taman Banang
* Taman Berlian
* Taman Budaya
* Taman Bukit Pasir
* Taman Flora
* Taman Flora Utama
* Taman Gembira
* Taman Koperasi Bahagia
* Taman Maju
* Taman Pelangi
* Taman Puteri
* Taman Puteri Indah
* Taman Sentosa
* Taman Setia Jaya
* Taman Setia Jaya 2
* Taman Tasek
* Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Bahagian Barat Batu Pahat

* Banang Height
* Kampung Minyak Beku
* Kampung Petani
* Kampung Satey
* Perigi Batu Pahat
* Sungai Suloh
* Taman Ampang Jaya
* Taman Ampuan
* Taman Banang Ria
* Taman Dagang
* Taman Masjid Tanah
* Taman Pantai
* Taman Pantai Baru
* Taman Soga
* Taman Soga 2
* Taman Sri Pantai
* Taman Zamrud

Lagu Joget Batu Pahat(ni advance ye)
Lagu Joget Batu Pahat

Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri

DiHulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara

Chorus

Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong

Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur

Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya

Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato’ Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat

Penggubah lagu : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat) lagu nie lagu naik klu koorang nyanyi kan sambil petik gitar karen…… klu nak lagi hebat ajak mak koorang joget lambak sekali…

PENDIDIKAN:
* Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
* Kolej Kemahiran Tinggi MARA Batu Pahat
* Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
* MRSM Batu Pahat
* Pusat Latihan Teknologi Tinggi lanjutan (ADTEC)
* Kolej Poly Tech MARA
* Kolej Kommuniti Campus Batu Pahat
* SM Teknik Batu Pahat
* SMK Datin Onn Jaafar
* SMK Dato’ Sulaiman
* SMK Tunku Putra (SMK Tongkang Pecah)
* SMK Tinggi Batu Pahat
* SMJK Cina Batu Pahat
* SMK Convent
* SMK Dato’ Syed Esa
* SMK Temenggong Ibrahim (P)(TIGS)
* SMK Munshi Sulaiman
* SMK Dato Bentara Luar
* SMK Tun Aminah (P)
* SMK Dato’ Seth
* SMK Dato’ Onn
* SMK Semerah
* SMK Seri Medan
* SMK Penghulu Saat
* SMK Datuk Menteri
* SMK Senggarang

Benteng

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di “Benteng” – suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

mee bandung
Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, ‘Benteng’ terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah “mi racun”. Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Mee Rebus dan Nasi Lemak

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan Nasi Lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan “BP walk” iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall,Farson Supermarket, Pacific Hypermarket,McDonald Drive Thru, dan Perkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex,Big Cinmaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

INDUSTRI:
Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam “segi tiga emas” antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna
Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.

Antaranya Munchy’s, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.

HOSPITAL DAN PUSAT PENJAGAAN HOSPITAL:
1. Hospital Batu Pahat
2. Putra Specialist Hospital
3. Pantai Specialist Hospital
4. Kelinik Kesihatan Batu Pahat

PEGANGKUTAN:
Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.
Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.

Antara Syarikat Penyedia Perkhidmatan

1. Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd
2. Costal Omnibus Co, Sdn Bhd
3. Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd
4. Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd
5. Syarikat Tanjau Jaya Melayu, Sdn Bhd
6. Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd
7. Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd

Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan pelabuhan Indonesia, seperti Tanjung Balai, Bengkalis, dan Batam

Klik di bawah untuk melihat  kedudukan lokasi kami

Benteng

Jika berkunjung ke Batu Pahat, tidak sah jika tidak singgah di “Benteng” – suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).

mee bandung
Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat dan lain-lain lagi. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, ‘Benteng’ terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah “mi racun”. Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
Mee Rebus dan Nasi Lemak

Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan Nasi Lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.

BP Walk

Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan “BP walk” iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.

Lain-lain

Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall,Farson Supermarket, Pacific Hypermarket,McDonald Drive Thru, dan Perkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex,Big Cinmaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.

INDUSTRI:
Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam “segi tiga emas” antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna
Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut.

Antaranya Munchy’s, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.

HOSPITAL DAN PUSAT PENJAGAAN HOSPITAL:
1. Hospital Batu Pahat
2. Putra Specialist Hospital
3. Pantai Specialist Hospital
4. Kelinik Kesihatan Batu Pahat

PEGANGKUTAN:
Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.
Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.

Antara Syarikat Penyedia Perkhidmatan

1. Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd
2. Costal Omnibus Co, Sdn Bhd
3. Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd
4. Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd
5. Syarikat Tanjau Jaya Melayu, Sdn Bhd
6. Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd
7. Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd

Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan pelabuhan Indonesia, seperti Tanjung Balai, Bengkalis, dan Batam

Comments»

1. Peminat Program Gis - July 25, 2008

Tahniah di ucapkan Tem Gis JPPH batu Pahat kerana berjaya membangun satu laman blog yang dapat berkongsi bersama ilmu, maklumat berhubung gis atau program yang berkaitannya, semuga Team Gis akan dapat meneruskan usaha tersebut dalam proses menambahbaik ilmu yang berkaitan, terima kasih dan syabas di ucapkan.

2. CT manis - July 28, 2008

Tahniah kepada mereka yang telah membangunkan blog ini semuga ianya menjadi medan ilmu dan maklumat untuk kita berkongsi bersama , wassalam.

3. Natalie - July 27, 2009

Selamat petang. Saya adalah pelajar jurusan penilaian di UTM Skudai. Saya ingin bertanya apa data-data GIS yang digunakan oleh team GIS JPPH Batu Pahat yang berkaitan dengan penilaian? Sekiranya pihak kami ingin meminta data-data tersebut bagi tujuan assignment adakah pihak anda boleh memberikan bantuan?

4. gisbp - July 28, 2009

Anda boleh rujuk kat sini
https://gisbp.wordpress.com/gis-tutorial/

5. budin - August 12, 2009

rock bp!!!!

6. budin - August 12, 2009

sy sngt brmint tntg sjrh batu phat..cuba keluarkn sjrh tntg kg2 d btu pht,especially kg bindu…huhu

7. gisbp - August 23, 2009

harap maaf le en budin
kami ni bukan pengkaji sejarah
kalau ade sesiapa yg boleh bantu en budin sangat dialu-alukan

8. cikmasnoora - December 15, 2009

Congrate to BP GIS team….keep up good work…may allah bless u..

9. gisbp - December 16, 2009

terima kasih

10. Budakjawa - May 5, 2011

Minta kebenaran untuk copy info ini sebagai simpanan. Kera saya juag penduduk batu pahat. Yang amat bermakna lagi isteri saya adalah keturunan datuk bentara luar. minta juga share jika ada gambar kenangan datuk bentara luar untuk kenangan keluarga kami.

11. gisbp - May 24, 2011

silakan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s