jump to navigation

MAKNA A’KUM DAN BYE September 19, 2008

Posted by gisbp in AGAMA.
Tags:
trackback

pesanan buat semua umat islam, masih ramai lagi yang masih ucap <akum> dan <bye>… mungkin belum tahu.. dan mungkin juga ada yg tak endahkan.. jadi kami, di pihak gisbp cuma ingin ingatkan sekali lagi kepada pengunjung-pengunjung laman ini agar jangan amalkannya.. kerana setiap perbuatan dan percakapan kita adalah ibadah kita dan diperhitungkan di akhirat kelak… semoga kita diberi keampunan dan diberkati dalam setiap perkara yang kita lakukan..

Assalamu’alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum”
dalam sms atau apa jua sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita gantikan dengan perkataan “Salam” iaitu sama
makna dengan Assalamualaikum. Sama-samalah kita memberitahu rakan-rakan yang selalu sangat guna “shortform” A’kum dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.

Manakala perkataan <BYE> merupakan jarum sulit orang kristian…didalam bahasa Arab bermaksud “fi hafzil baba” manakala dalam bahasa Malaysia bermaksud di bawah naungan p ope(paderi). Jadi sebarkanlah kepada semua sahabat-sahabat anda. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita dan orang lain. Wassalam.
Wallahualam…
Sebaik-baiknya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum… Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman… Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat… (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah…)

kami harap selepas ni tiada lagi kedengaran ucapan <akum> dan <bye> dan ucaplah salam sesama kita dan bukankah itu lebih baik.. pahala pun dapat.. silaturrahim pun terjalin..

Comments»

1. anis - December 30, 2008

terima kasih utk fakta yg amat brguna..

gisbp - January 13, 2009

terima kasih kerana sudi datang melawat gisbp

2. eiya - March 3, 2009

selama nie cume tau je lau bye tak boleh..akum pun tak leh ea.maklumat yang barguna.salam….

3. Izza Sensei - July 6, 2009

“Sebaik-baiknya gantikan perkataan BYE tersebut kepada Assalamualaikum… Kerana sesungguhnya Islam yang diwariskan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SWT itu sudah lengkap dan sesuai untuk diamalkan sehingga ke akhir zaman… Cuma kita sahaja yang gemar menuruti budaya barat… (Budaya orang kafir laknat Nauzubillah…)”

Pembetulan:
NABI MUHAMMAD SAW, bukan SWT